Perkembangan pemikiran liberal Liberalisme

Asal-usul pemikiran liberal

John Locke (1632-1704)

Penekanan ke atas maksud kebebasan sebagai hak penting seseorang di dalam satu masyarakat telah acap kali berulang sepanjang sejarah manusia. Antara yang telah disebut adalah pesaingan di antara plebeian dan patrician semasa Empayar Roman dan perjuangan bandar negeri Itali dari Paus. Republik-republik Florence dan Venice mempunyai pilihanraya, undang-undang dan kebebasan berusaha sepanjang tahun 1400an sehingga penguasaan kuasa luar pada kurun ke-16. Pemberontakan Belanda terhadap tekanan Katholik Sepanyol yang dikenali sebagai Perang Lapan Puluh Tahun selalu difikirkan selalu asal-usal nilai-nilai liberal — walaupun Belanda enggan memberi kebebasan kepada orang-orang Katholik.

Sebagai satu ideologi, liberalisme boleh dikatakan berasal dari falsafah humanisme yang mula mempersoalkan kuasa Gereja semasa zaman Renaissance dan juga daripada pihak Whigs semasa Revolusi Gemilang di Great Britain yang mahu hak untuk memilih raja; ini boleh dilihat sebagai satu titik permulaan pemerintahan popular. Walaupun begitu, pergerakan yang benar-benar boleh dinamakan sebagai liberal bermula di masa Zaman Kebangkitan, secara khasnya, parti Whigs di Britain, ahli-ahli falsafah di Perancis dan pergerakan untuk pemerintahan sendiri di koloni British di New England. Pergerakan-pergerakan ini menentang pemerintahan beraja mutlak, merkantilisme dan bentuk-bentuk agama kuno dan berpaderi. Mereka juga adalah yang pertama memperlihatkan dasar hak-hak peribadi di bawah undang-undang dan just kepentingan pemerintahan sendiri melalui pilihanraya.

Liberalisme mula mengalami perubahan mendadak dengan membentukan pendapat yang menyatakan bahawa manusia bebas boleh membentuk asas masyarakat yang stabil. Pendapat ini pertama kalinya diketengahkan oleh John Locke (1632-1704) di dalam penulisannya bertajuk Two Treatises on Government. Di dalam tulisan itu John Locke memperkenalkan dua idea liberal yang penting: kebebasan ekonomi yang bermaksud kebebasan untuk berharta dan mempergunakannya, dah kebebasan hati (freedom of conscience) seperti yang dibentangkan di dalam A Letter Concerning Toleration (1689). Akan tetapi, beliau tidak memperluaskan idea-idea itu kepada orang Kristian Katholik. Beliau membina pendapat awal mengenai hak-hak semulajadi (natural rights) yang dilihatnya sebagai "kehidupan, kebebasan dan harta"". "Teori hak-hak semulajadi" beliaulah yang menjadi asas pembentukan idea hak-hak asasi manusia. Menurut Locke lagi, harta adalah lebih penting daripada hak untuk melibatkan diri di dalam kerajaan dan pembuatan keputusan awam; beliau tidak menyokong demokrasi kerana beliau takut kepada kemungkinan pemberian kuasa kepada orang ramai akan membolehkan orang ramai mengatasi hak-hak peribadi kepada harta. Walaupun begitu, idea hak-hak semulajadi menjadi asas pemikiran yang mengiakan Revolusi Amerika Syarikat dan Perancis.

John Locke (1632-1704)

Di benua Eropah, Charles de Secondat, Baron de Montesquieu memperjuangkan fahaman undang-undang yang mengekang kuasa raja-raja. Fahaman tersebut telah dicatatkan oleh beliau di dalam The Spirit of the Laws yang ia adalah "lebih baik untuk mengatakan kerajaan yang paling serasi dengan alam adalah kerajaan yang serasi dengan kehendak mereka yang menubuhkan kerajaan. (Inggeris: "Better is it to say, that the government most conformable to nature is that which best agrees with the humour and disposition of the people in whose favour it is established.") daripada menerima penggunaan kuasa. Ahli ekonomi politik Jean-Baptiste Say dan Destutt de Tracy tertarik kepada "keharmonian" pasaran dan kemungkinan besar, mereka berdualah yang mencipta frasa laissez-faire. Ini kemudiannya beransur-ansur menjadi asas kepada kumpulan fisiokrat dan politik ekonomi Rousseau.

Pada Zaman Kesedaran Akhir Perancis, dua tokoh mula mempengaruhi dan membentuk pemikiran liberal. Dua tokoh tersebut adalah Voltaire dan Jean-Jacques Rousseau. Voltaire mengatakan bahawa Perancis patut mengamalkan sistem raja berperlembagaan dan menamatkan instituti Estat Kedua. Rousseau pula memperjuangkan kebebasan semulajadi untuk manusia. Kedua-dua tokoh mahu membina sistem sosial yang baru di mana masyarakat boleh meletakkan batasan kepada kebebasan tetapi tidak boleh memusnahkannya, walaupun pendekatan mereka berbeza. Untuk Voltaire, pendekatannya adalah lebih intelektual manakala Rousseau pula menyentuhkan kebebasan semulajadi yang mungkin berkaitan dengan pendapat Diderot.

Anders Chydenius

Rousseau juga membicarakan mengenai kontrak sosial. Ia adalah satu konsep yang kerap dilihat di dalam sejarah pemikiran liberal. Beliau menekanan idea ini dari pendapat yang menyatakan bahawa kontrak sosial adalah satu perkara yang semulajadi dan seseorang individual itu lebih mengetahui tentang apa yang terbaik untuk dirinya. Masyarakat beraja di zaman Rousseau kurang senang dengan membicaraan Rousseau yang mengatakan setiap manusia itu dilahirkan bebas tetapi pendidikan adalah mencukupi untuk membataskan perilaku manusia itu di dalam masyarakat. Dari pendapat itu, beliau terus menyatakan bahawa kebebasan untuk menentukan masa depan sendiri adalah kehendak setiap negara. Sekali lagi, idea Rousseau ini adalah bertentangan dengan sistem politik di Perancis di masa itu. Idea-idea Rousseau merupakan unsur-unsur utama di dalam pengisytiharan Perhimpunan Kebangsaan Revolusi Perancis serta di dalam penulisan pemikir-pemikir Amerika seperti Benjamin Franklin dan Thomas Jefferson. Menurut Rousseau lagi, perpaduan sesuatu negara itu datang dari persetujuan bersama yang dikenali sebagai "kehendak kebangsaan". Perpaduan ini membolehkan sesuatu negara itu untuk wujud tanpa terikat kepada sistem sosial yang telah wujud sebelum ini, seperti aristokrasi.

Mereka yang menjadi pencetus-pencetus utama Zaman Kesedaran di Scotland seperti David Hume dan Adam Smith serta di Jerman seperti Immanuel Kant merupakan penyumbang-penyumbang utama kepada falsafah liberalisme awal.

David Hume banyak memperkembangkan pemikiran liberal. Sumbangan terpenting beliau adalah satu karya yang bertajuk A Treatise of Human Nature yang siap ditulis sekitar 1739 dan 1740. Di dalam penulisannya itu, beliau menyatakan bahawa segala percubaan untuk mengatur kehidupan seseorang individu akan diatasi oleh peraturan asasi pengaulan manusia. Kritikannya yang terhadap merkantilisme serta pengumpulan emas dan perak jelas menunjukan pendapatnya yang sehala dengan penulisannya. Beliau menyatakan bahawa harga adalah bersangkut-paut dengan jumlah wang dan pengumpulan wang serta pengeluaran wang kertas akan mengakibatkan inflasi.

Adam Smith

Walaupun Adam Smith merupakan pemikir ekonomi liberal yang terkenal, beliau bukanlah yang pertama. Para fisiokrat di Perancis adalah kumpulan yang terawal yang mencadangkan ekonomi politik dan pengaturan pasaran dengan sendirinya dikaji secara teratur. Kemudiannya pada tahun 1750, Benjamin Franklin menyokong kebebasan untuk perusahaan Amerika. Di Sweden-Finland, era kebebasan yang kerajaan berparlimen melahirkan seorang ahli parliment Finland yang bernama Anders Chydenius. Beliau adalah tokoh yang pertama yang mencadangkan perdagangan dan perusahaan yang bebas di dalam bukunya yang bertajuk The National Gain pada tahun 1765. Tulisan beliau bukan sahaja jelas mempengaruhi perkembangan politik dan ekonomi di negara-negara Nordik, tetapi juga di kawasan-kawasan lain di masa terkemudian.

Di sekitar abad yang ke-18, ahli ekonomi dan falsafah dari Scotland, Adam Smith (1723-1790) mula memperkenalkan satu teori yang mengatakan seseorang individu boleh membina kehidupan bermoral dan berekonomi tanpa bimbingan atau arahan daripada negara. Tambahan lagi, sesuatu negara itu akan menjadi kuat apabila rakyatnya bebas. Smith mengetengahkan idea untuk mengakhirkan sistem feudal, polisi-polisi merkantilisme, monopoli negara dan memperkenalkan kerajaan "laissez-faire", iaitu satu kerajaan berasaskan pasaran bebas. Di dalam The Theory of Moral Sentiments (1759), Smith menulis tentang teori motivasi yang cuba untuk mengamankan perasaan yang menekanan kepentingan sendiri serta ketidakaturan sosial.

Immanuel Kant

Beliau memperkatakan lagi di dalam The Wealth of Nations yang ditulis pada tahun 1776 yang pasaran di bawah sesuatu syarat akan mengaturi sistemnya dengan sendirinya dan akan mengeluarkan lebih banyak barangan daripada satu pasaran yang terkawal yang menjadi satu perkara yang biasa diwaktu itu. Beliau hanya membenarkan kerajaan mememang tanggungjawab yang tidak dapat dilakukan oleh badan yang bergantung kepada keuntungan seperti menghalang seseorang daripada menggunakan kekasaran atau penipuan untuk menghalang persaingan, perdagangan ataupun pengeluaran. Teori pencukaian beliau menerangkan bahawa kerajaan hanya patut mengenaikan cukai dengan cara yang tidak mengugat kesejahteraan ekonomi, dan "setiap rakyat sesuatu negara patut menyokong negara sebanyak boleh mengikut kebolehan sendiri; dengan ini, bermaksud hanya sebahagian daripada pendapatan mereka yang diperolehi dibawah perlindungan negara.[10] Beliau bersetuju dengan Hume yang modal, bukan emas adalah sumber kekayaan sesuatu negara.

Pemikiran Hume yang memperkenalkan empirikisme dan rasionalime sangat mempengaruhi Immanuel Kant. Sumbangan terhebat Kant kepada liberalisme adalah di dalam bidang etika, terutamanya penekanan beliau tentang kepentingan kategori. Menurutnya, penerimaan sistem pemikiran dan moral mematuhi peraturan semula jadi dan oleh itu, sebarang usaha untuk mengugat peraturan itu akan gagal sama sekali. Idealisme beliau menjadi semakin berpengaruh apabila masa berlalu kerana beliau berkata kebenaran mutlak adalah asas pengetahuan. Ini amat menyokong pendapat yang terhasil semasa Zaman Kesedaran Inggeris yang menekankan hak-hak asasi

Liberalisme diperkayakan

Thomas Paine

Pemikir-pemikir liberal awal membentuk idea-idea mereka di dalam anggapan yang hanya berkesan di dalam sistem beraja dan juga masyarakat yang mana sistem kelas dan institusi agama adalah satu perkara biasa. Walaupun Wars of the Three Kingdoms telah mewujudkan Komanwel England yang bersifat republik di antara tahun 1649 dan 1660, konsep di mana seseorang insan biasa boleh memerintah dirinya sendiri telah didiamkan selepas sistem beraja berjaya dihidupkan semula semasa English Restoration. Pendapat individualisme itu hanya wujud di dalam muka buku sehingga Revolusi Amerika dan Perancis tercetus. Satu lagi kejadian yang mempopularkan konsep itu adalah Glorious Revolution yang berlaku di dalam tahun 1688. Akan tetapi, revolusi itu mengantikan satu raja dengan raja yang lain. Walaupun begitu, ia menguatkan Parlimen Britain sambil mengurangkan kuasa raja. Kedua-dua Revolusi Amerika dan Perancis memeluk apa yang diperkatakan oleh Rights of Man karangan Thomas Paine. Idea bersifat republik yang didokong oleh pihak Radikal mempengaruhi revolusi-revolusi ini yang kemudiannya menjadi contoh-contoh penting untuk para liberal yang mendatang. Selepas itu, para liberal mula menolak tradisi yang sedia ada.

Thomas Paine, Thomas Jefferson dan John Adam merupakan tokoh-tokoh yang berjaya memujuk peneroka-peneroka New England untuk menentang kuasa Britain di atas nama "kehidupan, kebebasan dan kesenangan"[11]. Ini adalah apa yang diperkatakan oleh Locke dengan satu perbezaan. Jefferson yang ditentang Alexander Hamilton meletakkan kesenangan di mana Locke meletakkan harta. Dari situ kemudiannya, "Eksperimen Amerika" menekankan kerajaan demokratik dan kebebasan peribadi.

James Madison adalah seorang tokoh generasi pemikir politik Amerika yang seterusnya menyokong sistem republik. Menurutnya, sesuatu republik yang mengurus negaranya sendiri bergantung ke atas persaingan di antara kepentingan-kepentingan yang berbeza. Ini akan melindungi hak-hak minoriti. Perlembagaan Amerika Syarikat mewujudkan satu sistem timbang balas: hak-hak kerajaan persekutuan yang bersaing dengan hak-hak kerajaan negeri; kuasa yang terbahagi di antara sayap eksekutif, kehakiman dan perundangan; dan bikameralisme di dalam bidang kehakiman. Semua ini memastikan kebebasan individu supaya tidak bergantung kepada mana-mana satu pengaruh. Tentara dipandang dengan penuh curiga. Ini dibandingkan dengan kepercayaan yang pasukan militia sudah cukup untuk menjaga keselamatan dan pertahanan sesuatu masyarakat serta satu tentera laut untuk memastikan perdagangan akan berterusan tanpa digugat oleh lanun ataupun mana-mana pihak.

Pengisytiharan Hak-hak Manusia dan Rakyat

Di seberang Lautan Atlantik, Revolusi Perancis telah mengulingkan raja, aristokrat dan institusi Geraja Roman Katolik. Perubahan ini adalah lebih mendadak dan penuh dengan pertumpahan daripada Revolusi Amerika Syarikat. Satu kejadian yang penuh bersejarah berlaku apabila perwakilan di dalam Estet Ketiga mengisytiharkan bahawa golongan ini adalah perwakilan kebangsaan dan oleh itu mempunyai hak untuk mewakili seluruh rakyat Perancis. Untuk beberapa tahun yang awal, revolusi ini berlandaskan kepada idea-idea liberal tetapi perjalanan dari revolusi ke kestabilan terbukti lebih sukar dari apa yang dialami oleh Amerika Syarikat. Selain daripada tradisi Zaman Kesedaran yang sedia ada, beberapa tokoh-tokoh awal revolusi Perancis seperti Lafayette yang menyertai Peperangan Kemerdekaan Amerika Syarikat telah membawa pulang idea-idea liberal baru yang popular di Amerika ke Perancis. Di bawah pemerintahan Maximilien Robespierre kemudiannya, satu kumpulan Jacobin telah memusatkan kuasa kepada mereka sendiri dan mula tidak mengedahkan undang-undang dan peraturan-peraturan yang akhirnya menyebabkan berlakunya Reign of Terror. Walaupun apa yang diperjuangkan adalah republik berperlembagaan, seorang tokoh politik dan tentera semasa revolusi iaitu Napoleon Bonaparte menjadi maharaja dari konsul dan seorang direktor pada mulanya. Sebelum Napolean meninggalkan dunia, beliau mengaku yang "Mereka mahukan seorang Washington"[12]. Ini bermaksud seorang pemimpin yang boleh menubuhkan satu negara dengan kekuatan tentera tanpa satu kehendak untuk mewujudkan satu dinasti. Walaupun Revolusi Perancis gagal mencapai apa yang dicapai oleh Amerika pada masa itu, Revolusi Perancis lama-kelamaan berjaya mewujudkan satu masyarakat yang memeluk idea-idea liberal lebih erat daripada rakyat Amerika Syarikat dengan memperkenalkan undian umum untuk semua lelaki, kerakyatan kebangsaan dan satu dokumen seperti Bill of Rights Amerika syarikat, iaitu Pengisytiharan Hak-hak Manusia dan Rakyat yang berpengaruh. Tambahan lagi, kempen peperangan yang diketuai oleh Napolean membolehkan idea-idea liberal disebarkan ke seluruh Eropah.

Benito Juárez

Langkah-langkah Amerika Syarikat dan Perancis selepas itu akan menjadi contoh untuk diikuti oleh negara-negara lain. Pengulingan sistem beraja Sepanyol oleh tentera Perancis yang diketuai Napoleon pada tahun 1808 memperkuatkan gerakan kemerdekaan di Amerika Selatan yang sering bergantung kepada liberalisme sebagai pilihan alternatif terhadap korporatisme, monarki dan kolonialisme. Pergerakan yang dipimpin oleh Simón Bolívar di negara-negara Pengunungan Andes berusaha membina kerajaan berperlembagaan, hak-hak peribadi dan perdagangan bebas. Pergolakan di antara para liberal dan korporatis yang konsevatif terus berlangsungan di seluruh benua tersebut dengan para liberal yang menentang kuasa paderi seperti Benito Juárez dari Mexico mengkritik kuasa Gereja Roman Katolik.

Perubahan masyarakat Eropah ke liberalisme kadang-kala berlaku menerusi revolusi ataupun gerakan pemisah yang kasar. Revolusi dan tentangan liberal banyak berulang di separuh pertama abad ke-19. Ini bagaimanapun tidak benar untuk Britain dan banyak negara lain di mana proses berubahan berlangsung tanpa pertumpahan darah, walaupun tidak seratus peratus aman. Gerakan anti-klerikalisme yang ganas semasa Revolusi Perancis dilihat oleh musuh-musuh revolusi sebagai sifat liberalisme yang khusus, walaupun pada masa yang sama, para liberal sendiri menjadi mangsa keganasan Jacobin.

Dengan tibanya zaman romantisme, pergerakan liberal mula berganjak dari cadangan untuk perubahan untuk kerajaan yang sedia ada kepada pemintaan untuk perubahan. Revolusi Amerika dan Perancis menambah "demokrasi" ke dalam senarai yang mengandungi nilai-nilai liberalisme. Pendapat yang percaya bahawa seseorang itu merdeka dan mampu untuk merangka dan menguat kuasa undang-undang dan peraturan mula bergerak melepasi apa yang disarankan oleh pemikir-pemikir Zaman Kebangkitan. Mulai dari sini, liberalisme tidak lagi menekankan hak-hak peribadi di dalam sempadan sesuatu negara tetapi berpendapat yang kuasa negara datang dari sifat semula jadi manusia, diberikan oleh tuhan atau dari perjanjian di antara yang dipimpin dan yang memimpim.[13] Ini memperluaskan lagi jurang di antara pemimpin-pemimpin autokratik dengan para liberal, mengurangkan kemungkinan satu kompromi dicapai. Di kalangan penyokong-penyokong monarkisme, ini membolehkan keganasan dilakukan untuk mengembalikan kesusilaan.

The Social Contract, Or Principles of Political Right (1762) oleh Jean-Jacques Rousseau. Edisi cetakan haram dari Jerman[14]

Sifat perjanjian pemikiran liberal adalah satu perkara yang penting. Salah satu aliran yang memenuhi pemikiran liberalisme awal adalah kenyataan yang individu membuat perjanjian dan memiliki harta. Ini mungkin tidak kelihatan radikal sekarang tetapi kebanyakan undang-undang kehartaan pada masa lampau menyatakan yang harta adalah dimiliki oleh keluarga atau seseorang yang tertentu di dalam keluarga itu, seperti ketua keluarga. Perjanjian dibuat melalui hubungan fuedal dan kesetiaan peribadi dan bukan melalui pertukaran perkhidmatan ataupun barangan. Dengan secara perlahan, pandangan liberal mula memperkenalkan perjanjian melalui kerelaan sebagai batu asas yang membina kerajaan dan undang-undang yang adil. Ini telah diperjuangkan oleh Rouseau dengan pegangannya kepada konsep kontrak sosial.

Ada beberapa revolusi di antara 1774 dan 1848 yang mahu perhatian lebih diberikan kepada kepentingan individu di dalam masyarakat. Dengan kata lain, permintaan untuk pemerintahan sendiri. Pendapat ini membakar gerakan-gerakan pemisahan seperti yang berlaku dengan jajahan-jajahn Sepanyol di Amerika dan Revolusi Amerika. Para liberal dari Eropah, terutamanya selepas Perlembagaan Perancis 1793, sering memikirkan pemerintahan demokrasi merupakan satu pemerintahan majoriti oleh mereka yang tidak bertanah yang mengbahayakan kedudukan harta persendirian. Liberal demokrat seperti de Tocqueville walau bagaimanapun tidak bersetuju dengan pendapat itu. Kehartaan di bawah sistem fuedalisme, para liberal menyokong penyatuan ke arah kebebasan. Contoh-contoh terbaik dapat dilihat di negara Jerman dan Itali. Sebagai sebahagian dari program revolusi, kepentingan pendidikan menjadi satu nilai pokok dalam pemikiran mengenai kebebasan seperti yang ditekankan berulang kali oleh Erasmus.

Pada masa yang sama, parti-parti politik liberal di kebanyakan negera Eropah semakin aktif meminta kerajaan berparlimen, perwakilan yang luas, perkembangan polisi-polisi liberal dan penciptaan kuasa untuk membatasi pengaruh raja. Liberalisme politik selalu dipimpin oleh liberalisme ekonomi. Secara tepatnya, ini bermaksud pengakhiran sistem fuedal, monopoli raja, pembatasan terhadap hak-hak kehartaan serta undang-undang yang tidak membenarkan perbadanan institusi ekonomi. Perkembangan ini bukan sahaja berlaku di negara-negara liberal tetapi juga di negara-negara autokratik seperti Turki, Russia dan Jepun. Apabila Empayar Russia mula mengadapi masalah-masalah besar yang timbul daripada kegagalan ekonomi dan kekalahan peperangan, parti politik liberal mula menguasai dewan perwakilan negara tersebut, Duma dan pada tahun 1905 dan 1917, berlakunya usaha untuk menggulingkan kerajaan. Kemudiannya, Piero Gobetti mula menulis tentang "Revolusi Liberal" yang diperkatakan oleh beliau sebagai nilai radikal yang ada di dalam liberalisme. Satu lagi contoh revolusi liberal berlaku di Ecuador di mana Eloy Alfaro pada tahun 1895 mengepalai satu pergerakanl liberal radikal yang mahu mewujudkan negara sekular, undang-undang perkahwinan yang terbuka dan pembinaan infrastruktur untuk membolehkan ekonomi tumbuh yang lebih mantap.

Perbezaan pendapat dan perpecahan

Peranan-peranan negara

Diakhir abad yang ke-19, terdapat satu golongan liberal yang besar yang berpendapat bahawa untuk menjadi bebas, seseorang itu perlukan beberapa pengisian termasuk pendidikan dan perlindungan dari ekspotasi. Pada 1911, L.T. Hobhouse menerbitkan penulisan bertajuk Liberalism,[15] yang merumuskan tentang liberalism baru, termasuk penerimaan campur tangan kerajaan di dalam ekonomi dan hak-hak bersama ke atas kesamarataan di dalam perhubungan yang diberi nama "kerelaan yang adil".[16]

Ada yang menentang perkembangan baru untuk dengan menjadi anti-kerajaan dan di dalam beberapa kejadian, sesetengah mengdakap falsafah anarkisme. Gustave de Molinari[17] di Perancis and Herbert Spencer[18] di England adalah antara tokoh-tokoh yang mempunyai pendirian ini.

Hak-hak dan utilitarianisme

Wilhelm von HumboldtJohn Stuart Mill

Seorang Jerman yang bernama Wilhelm von Humboldt telah membentuk satu konsep liberalisme yang moden di dalam bukunya yang bertajuk The Limits of State Action.[19]

John Stuart Mill pula telah memashur dan mengembangkan idea itu di dalam On Liberty (1859) dan hasil tulisannya yang lain. Beliau menentang pendapat kolektivis dan pada masa yang sama menekankan tahap hidup seseorang individu. Beliau juga menyokong pergerakan yang memperjuangkan hak wanita untuk mengundi dan kemudiannya, koperasi buruh.

Salah satu sumbangan Mill adalah falsafah utilitarianisme yang cuba mengiakan liberalisme. Beliau mendirikan idea-idea liberal secara pramatik dengan menyatukan idea kebebasan yang diperkatakan oleh pemikir-pemikir liberal Perancis seperti Jean-Jacques Rousseau dan pemikir-pemikir Britain seperti John Locke yang mengambil berat tentang hak-hak.

Demokrasi dan liberalisme

Hubungan di antara demokrasi dan liberalisme boleh dirumuskan oleh Winston Churchill. Beliau berkata "...demokrasi adalah bentuk kerajaan yang paling teruk tetapi semua bentuk lain telah dicuba...".[20] Tiada apa di dalam demokrasi yang memastikan kebebasan tidak tercabar kecuali kezaliman oleh pihak majoriti. Konsep demokrasi liberal kemudiannya diperkenalkan untuk membolehkan demokrasi dan liberalisme wujud bersama.[21] Liberalisme diterima ramai selepas absolutisme digantikan dengan kerajaan terbatas di mana kerajaan wujud dengan kerelaan rakyat. Idea kerelaan itu bermaksud demokrasi. Pada masa yang sama, pemikir-pemikir liberalisme awal sangat sedar akan keburukan mob rule jadi mereka membentuk perlembagaan untuk membatasi kuasa kerajaan berdemokrasi dengan memisahkan kuasa kerajaan di antara tiga cabang. Bagi para liberal, demokrasi bukan pengakhir kata tetapi hanya satu jalan untuk menjamin kebebasan, individualisme dan kepelbagaian pendapat.[22]

Radikalisme dan liberalisme

Beberapa negara Eropah dan Amerika Selatan pada abad ke-19 dan awal ke-20 menunjukan satu kecenderongan politik yang radikal yang mengatasi idea liberalisme. Pada masa yang sama, sesetengah idea-idea radikalisme mula menyerapi para liberal yang kemudiannya menjadi lebih sanggup melihat perubahan demokratik berbanding para liberal yang asal. Di Britain, para radikal bersatu dengan para liberal daripada Parti Whig di dalam Parti Liberal. Di negara lain termasuk Bulgaria, Denmark, Sepanyol, Belanda, Argentina dan Chile, para liberal bersayap kiri mengasas parti politik radikal mereka yang mempunyai pelbagai nama; di Switzerland dan di Jerman, parti itu diberi nama Freisinn; [23][24] Ini tidak bermakna semua parti radikal diasaskan dengan nilai-nilai liberal sayap kiri. Di sastera politik Perancis, ia adalah satu perkara biasa untuk memisahkan liberalisme dan radikalisme. Di Serbia, kedua-dua falsafah tidak langsung mempunyai kesamaan. Tetapi, para radikalisme Perancis menyertai pergerakan liberal antarabangsa di separuh pertama abad ke-20 seperti yang tertulis di dalam Entente Internationale des Partis Radicaux et des Partis Démocratiques similaires[25]

Zaman Kemelesetan Sedunia dan liberalisme

Franklin D. Roosevelt

Walaupun terdapat perdebatan tentang kewujudan negara kapitalis laissez-faire pada 1930-an[26], Zaman Kemelesetan Sedunia ditahun 1930-an mengurangkan keyakinan orang ramai terhadap kapitalisme dan motif keuntungan. Orang ramai juga mula percaya yang pasaran bebas gagal membawa kesejateraan dan mengatasi kemiskinan. Pemikiran para liberal mula terganggu dengan kacau-bilau politik serta kehadiran sekatan ke atas kebebasan yang dipercayai berlaku akibat pengagihan kekayaan yang tidak sama rata. John Dewey, John Maynard Keynes dan Franklin D. Roosevelt merupakan para liberal yang baru yang berpegang kepada pendapat yang menyokong pembesaran saiz kerajaan untuk melindungi kebebasan dengan membolehkan kapitalisme berterusan disamping menghalang kegiatan ekonomi yang berlebihan. Para liberal yang lain yang berpengaruh pula seperti penulis The Road to Serfdom, Friedrich Hayek, berpegang bahawa Zaman Kemelesatan Sedunia dan Perang Dunia Kedua adalah kejadian-kejadian yang tiada kaitan dengan liberalisme asal dan oleh itu, menolak cadangan para liberal baru untuk menguatkan lagi kuasa kerajaan di dalam pasaran.